Adakah anda membeli-belah di Giant, Cold Storage atau Mercato? Jika ya, anda mungkin mahu mempertimbangkannya semula.
Satu siri penyiasatan mengejutkan telah mendedahkan tentang apa yang Dairy Farm Group, pemilik Giant, Cold Storage dan Mercato, ingin sembunyikan: syarikat ini terus menjual telur kepada pelanggan dari ladang-ladang telur sangkar bateri yang kejam dengan risiko keselamatan makanan yang lebih tinggi.
Satu siri penyiasatan di beberapa pembekal telur Dairy Farm di Malaysia menemui najis dan kotoran yang terkumpul pada palang sangkar di mana telur diletakkan. Najis berkumpul hanya beberapa inci dari telur dan dari ayam-ayam itu sendiri. Ibu ayam dihimpit hampir sepanjang hidup mereka dalam sangkar bateri yang sangat kecil dan kejam, yang adalah haram di puluhan negara lain di dunia. Bangkai-bangkai ayam yang telah mati dibiarkan mereput di sebelah ayam yang bertelur untuk penggunaan manusia.
Walaupun berpuluh-puluh syarikat makanan utama telah komited untuk menggunakan hanya telur bebas sangkar di Malaysia, termasuk Tesco, Subway, Starbucks dan banyak lagi, Dairy Farm telah gagal untuk mengikutinya. Ia terus menjual telur kepada pelanggan Malaysia dari ladang-ladang telur yang kotor dan sangkar bateri yang kejam.
Sudah tiba masanya untuk Dairy Farm berhenti meletakkan risiko ke atas keselamatan pelanggan, dan berhenti menyokong kekejaman haiwan yang teruk ini. Tiba masanya untuk Dairy Farm menyertai rakan seperniagaannya dan memberi komitmen untuk beralih kepada menjual telur bebas sangkar sahaja di Malaysia.
Dairy Farm Group (DFI Retail Group): Saya tidak akan membeli-belah di mana-mana gedung anda termasuk Giant, Cold Storage dan Mercato, sehingga anda mengikuti syarikat makanan utama yang lain dan memberi komitmen untuk berhenti menggunakan telur dari sangkar bateri yang kotor dan kejam di Malaysia! Sudah tiba masanya untuk Dairy Farm Group menjadi 100% bebas sangkar!
Lebih sedozen kajian saintifik telah mendapati ladang telur ayam bersangkar mempunyai kadar pencemaran salmonela yang mendadak lebih tinggi. Lembaga Keselamatan Makanan Eropah menjalankan kajian terbesar yang kali pertama diadakan berkenaan isu ini, menganalisis data dari lima ribu ladang. Kajian ini mendapati ladang telur ayam bersangkar adalah 25 kali lebih berkemungkinan dicemari oleh strain salmonela yang utama. (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17)
Terdapat pelbagai sebab mengapa mengurung ayam penelur dalam sangkar menyebabkan risiko keselamatan makanan. Penyelidikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan stres dalam kurungan sangkar menjadikan ayam lebih terdedah kepada penyakit. Sangkar juga lebih sukar untuk dibersihkan dan dinyahkumankan, menyebabkan “jumlah bahan najis dan debu tercemar lebih banyak.” (18, 19, 20, 21, 22, 23)
Sama seperti anjing dan kucing, ayam ialah binatang cerdik dan bijak yang boleh merasai keseronokan dan kesakitan. Mengurung ternakan hampir sepanjang hayatnya dalam sangkar yang sangat kecil sehingga sukar baginya untuk bergerak sudah tentu perbuatan yang salah. (24)
Sangkar berderet adalah sangat zalim sehingga ia telah diharamkan di banyak negara di serata dunia. Setiap organisasi perlindungan haiwan arus utama di seluruh dunia mengutuk sangkar berderet sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. (25, 26, 27)
Ini hanya pandangan beberapa organisasi antarabangsa seumpamanya:
“Sangkar berderet dianggap salah satu bentuk kurungan haiwan ternakan yang paling kejam dan tidak bagus untuk keselamatan makanan.”
Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan, Selangor
“Ayam penelur dalam sangkar lebih terdedah kepada stres dan kecederaan, serta peningkatan risiko salmonela.”
Perlindungan Haiwan Sedunia
“Tidak berperikemanusiaan bagi ayam penelur—haiwan yang bijak dan aktif—untuk dikurung dalam sangkar yang terlalu kecil sehingga hendak bergerak seinci pun sukar hampir sepanjang hayatnya.”
Persatuan Perikemanusiaan Antarabangsa
Semua organisasi ini tidak terlibat dengan laman web ini
Dairy Farm International terus menjual kepada pelanggan telur dari pembekal yang mengurung ayam dalam sangkar bateri yang kejam dan kotor
Di tempat pembekal kepada Giant, Cold Storage, dan Jason Food Hall, bangkai ayam dibiarkan mereput di dalam sangkar bersama-sama ayam yang masih hidup
Setiap ibu ayam penelur menghabiskan seluruh waktu hayatnya terkurung dalam sangkar yang terlalu kecil sehingga sukar untuk bergerak
Video dan gambar resolusi penuh boleh dimuat turun di sini. Semua klip video dan foto di laman web ini berada dalam domain awam dan boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja, termasuk media.
Video dan foto diambil di SHH Poultry Farm, yang telurnya dijual di Cold Storage di bawah jenama A1 King, dan LTKM Berhad, yang telurnya dijual di Giant, Cold Storage, dan Jasons Food Hall. Bukti bahawa video tersebut telah dirakam di SHH Poultry Farm dan LTKM Berhad, dan dokumentasi bahawa syarikat-syarikat ini membekalkan telur kepada Dairy Farm International, boleh didapati di sini.
Equitas adalah sebuah organisasi tidak keuntungan global yang berpangkalan di United Kingdom yang bekerja untuk perlindungan pengguna dan kebajikan haiwan dalam rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.
Kutipan berkenaan risiko keselamatan makanan dan kezaliman terhadap haiwan dalam sangkar berderet
1: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, Schulz J, et al. 2010. Determination of the within and between flock prevalence and identification of risk factors for Salmonella infections in laying hen flocks housed in conventional and alternative systems. Preventive Veterinary Medicine 94(1-2):94-100.
2: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2010. Investigation of risk factors for Salmonella on commercial egg-laying farms in Great Britain, 2004-2005. Veterinary Record 166(19):579-86.
3: 2010. Annual Report on Zoonoses in Denmark 2009. National Food Institute, Technical University of Denmark.
4: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, De Vylder J et al. 2010. The age of production system and previous Salmonella infections on farm are risk factors for low-level Salmonella infections in laying hen flocks. Poultry Science 89:1315-1319.
5: Huneau-Salaün A, Chemaly M, Le Bouquin S, et al. 2009. Risk factors for Salmonella enterica subsp. Enteric contamination in 5 French laying hen flocks at the end of the laying period. Preventative Veterinary Medicine 89:51-8.
6: Green AR, Wesley I, Trampel DW, et al. 2009 Air quality and bird health status in three types of commercial egg layer houses. Journal of Applied Poultry Research 18:605-621.
7: Schulz J, Luecking G, Dewulf J, Hartung J. 2009. Prevalence of Salmonella in German battery cages and alternative housing systems. 14th International congress of the International Society for Animal Hygiene: Sustainable animal husbandry : prevention is better than cure. pp. 699-702. http://www.safehouse-project.eu/vars/fichiers/pub_defaut/Schulz_Salmonella_ISAH%202009.ppt.
8: Namata H, Méroc E, Aerts M, et al. 2008. Salmonella in Belgian laying hens: an identification of risk factors. Preventive Veterinary Medicine 83(3-4):323-36.
9: Mahé A, Bougeard S, Huneau-Salaün A, et al. 2008. Bayesian estimation of flock-level sensitivity of detection of Salmonella spp. Enteritidis and Typhimurium according to the sampling procedure in French laying-hen houses. Preventive Veterinary Medicine 84(1-2):11-26.
10: Pieskus J, et al. 2008. Salmonella incidence in broiler and laying hens with the different housing systems. Journal of Poultry Science 45:227-231.
11: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm.
12: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2007. Survey of the prevalence of Salmonella species on commercial laying farms in the United Kingdom. The Veterinary Record 161(14):471-6.
13: Methner U, Diller R, Reiche R, and Böhland K. 2006. [Occurence of salmonellae in laying hens in different housing systems and inferences for control]. Berliner und Münchener tierärztliche Wochenschrift 119(11-12):467-73.
14: Much P, Österreicher E, Lassnig. H. 2007. Results of the EU-wide Baseline Study on the Prevalence of Salmonella spp. in Holdings of Laying Hens in Austria. Archiv für Lebensmittelhygiene 58:225-229.
15: Stepien-Pysniak D. 2010. Occurrence of Gram-negative bacteria in hens’ eggs depending on their source and storage conditions. Polish Journal of Veterinary Sciences 13(3):507-13.
16: Humane Society International, “An HSI Report: Food Safety and Cage Egg Production” (2010). HSI Reports: Farm Animal Protection. 3. http://animalstudiesrepository.org/hsi_reps_fap/3
17: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm
18: The Danish Veterinary and Food Administration. 2004. The national Salmonella control programme for the production of table eggs and broilers 1996-2002. Fødevare Rapport 6, March.
19: Davies R and Breslin M. 2003. Observations on Salmonella contamination of commercial laying farms before and after cleaning and disinfection. The Veterinary Record 152(10):283-7.
20: Methner U, Rabsch W, Reissbrodt R, and Williams PH. 2008. Effect of norepinephrine on colonisation and systemic spread of Salmonella enterica in infected animals: Role of catecholate siderophore precursors and degradation products. International Journal of Medical Microbiology 298(5-6):429-39.
21: Bailey MT, Karaszewski JW, Lubach GR, Coe CL, and Lyte M. 1999. In vivo adaptation of attenuated Salmonella Typhimurium results in increased growth upon exposure to norepinephrine. Physiology and Behavior 67(3):359-64.
22: Shini S, Kaiser P, Shini A, and Bryden WL. 2008. Biological response of chickens (Gallus gallus domesticus) induced by corticosterone and a bacterial endotoxin. Comparative Biochemistry and Physiology. Part B. 149(2):324-33.
23: Rostagno MH. 2009. Can stress in farm animals increase food safety risk? Foodborne Pathogens and Disease 6(7):767-76.
24: Marino, L. 2017. Thinking chickens: a review of cognition, emotion, and behavior in the domestic chicken. Animal Cognition 20(2): 127–147.
25: “European_Union_Council_Directive_1999/74/EC.” Wikipedia: The Free Encyclopedia. Wikimedia Foundation, Inc. Web 03 August 2018, en.wikipedia.org/wiki/European_Union_Council_Directive_1999/74/EC
26: “Farm Animal Confinement Bans.” American Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Web. 03 August 2018, www.aspca.org/animal-protection/public-policy/farm-animal-confinement-bans
27: World Organization for Animal Health, “Terrestrial Animal Health Code” (2017). www.rr-africa.oie.int/docspdf/en/Codes/en_csat-vol1.pdf